Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jemaah haji berangkat pulang terima naskhah al-Quran dalam 80 bahasa di terminal Jeddah
  • GLOBAL

Jemaah haji berangkat pulang terima naskhah al-Quran dalam 80 bahasa di terminal Jeddah

Utusan Sarawak 7 hours ago

JEDDAH: Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan cawangan Wilayah Makkah mula mengedarkan naskhah al-Quran hadiah daripada Penjaga Dua Kota Suci di balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah.

Inisiatif tersebut bertujuan memastikan jemaah haji antarabangsa menerima naskhah masing-masing sebelum menaiki penerbangan pulang ke tanah air, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Kempen itu melibatkan pengagihan keseluruhan sebanyak 1.9 juta naskhah al-Quran yang dicetak oleh Kompleks Percetakan al-Quran Raja Fahd di Madinah.

Naskhah terjemahan yang tersedia dalam lebih 80 bahasa itu membolehkan jemaah haji yang pulang untuk mempelajari teks suci berkenaan dalam bahasa ibunda mereka.

Kementerian berkenaan mengesahkan bahawa pengedaran akan diteruskan sepanjang masa di semua pintu masuk udara, darat dan laut dalam beberapa hari akan datang. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Lebam tangan Trump disebabkan kerap berjabat tangan – Doktor
Next: Rakyat Colombia keluar mengundi Ahad ini untuk pilih presiden baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.