Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Ee Wei jalani imbasan pengimejan resonans magnetik Isnin ini
  • SUKAN

Ee Wei jalani imbasan pengimejan resonans magnetik Isnin ini

Utusan Sarawak 7 hours ago
PEMAIN beregu campuran utama negara Toh Ee Wei dan Chen Tang Jie ketika beraksi pada suku akhir Terbuka Singapura semalam. Foto Badminton Association of Malaysia

KUALA LUMPUR: Pemain beregu campuran utama negara Toh Ee Wei dijangka menjalani imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) pada Isnin ini selepas mengalami kecederaan lutut kiri ketika beraksi pada suku akhir Terbuka Singapura semalam.

Perkembangan terbaharu itu disahkan Pengarah Kejurulatihan Beregu Kebangsaan Rexy Mainaky yang berkata tahap kecederaan dialami Ee Wei masih belum dapat dipastikan.

“Berdasarkan laporan (perubatan), (ahli fisioterapi) beliau masih belum dapat menentukan keadaan sebenar sehingga doktor melakukan imbasan MRI pada Isnin,” katanya kepada Bernama.

Berdasarkan laporan yang dikongsikan Rexy, Ee Wei telah menerima rawatan perubatan dan kini sedang dinilai oleh pasukan perubatan skuad kebangsaan.

Semalam, Ee Wei dan pasangannya Chen Tang Jie gagal menamatkan perlawanan suku akhir Terbuka Singapura selepas pemain itu mengalami kecederaan.

Juara dunia itu mendahului 18-16 menentang pasangan ranking ke-28 dunia dari India Dhruv Kapila-Tanisha Crasto, sebelum menarik diri selepas 24 minit permainan.

-Bernama  

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Ronaldo pimpin Portugal ke Piala Dunia keenam, Diaz sandaran Colombia
Next: Arne Slot dipecat sebagai ketua jurulatih Liverpool

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.