Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program korban, tahlil perdana DUN Lingga perkukuh ukhuwah masyarakat
  • Tengah
  • WILAYAH

Program korban, tahlil perdana DUN Lingga perkukuh ukhuwah masyarakat

Utusan Sarawak 5 hours ago
ADUN Lingga, Dayang Noorazah pada program korban dan majlis tahlil perdana DUN Lingga yang diadakan di Masjid Darul Muallimin, Maludam, semalam. Foto ADUN Lingga

MALUDAM: Program korban dan majlis tahlil perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga sempena sambutan Aidiladha 2026 berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh keberkatan hasil kerjasama erat antara pihak Masjid Darul Muallimin, jawatankuasa kampung dan seluruh komuniti setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, kejayaan program tersebut membuktikan semangat kerjasama dan perpaduan yang kukuh dalam kalangan masyarakat setempat.

Dalam ucapannya, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Masjid Darul Muallimin Maludam, penduduk kampung serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program berkenaan.

Menurutnya, sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat, khususnya golongan muda dan kanak-kanak, menunjukkan kesedaran yang semakin meningkat terhadap kepentingan aktiviti keagamaan dalam kehidupan seharian.

Beliau turut melahirkan rasa syukur dan gembira melihat kehadiran pelbagai lapisan masyarakat yang memeriahkan program korban dan majlis tahlil perdana tersebut.

Dayang Noorazah berkata, penglibatan aktif golongan muda dalam program keagamaan perlu terus diperkasakan bagi memastikan kesinambungan nilai-nilai murni dalam masyarakat.

Beliau juga memuji usaha ibu bapa yang sentiasa menggalakkan serta mendidik anak-anak untuk hadir ke masjid dan menyertai aktiviti berteraskan agama sejak usia muda.

Katanya, pendedahan awal kepada program keagamaan amat penting dalam membentuk generasi yang berakhlak mulia, berilmu serta mempunyai jati diri yang kuat berteraskan nilai-nilai Islam.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program tersebut yang diadakan di Masjid Darul Muallimin, di sini, semalam.

ADUN Lingga, Dayang Noorazah pada program korban dan majlis tahlil perdana DUN Lingga yang diadakan di Masjid Darul Muallimin, Maludam, semalam. Foto ADUN Lingga

Menurut beliau, semangat pengorbanan yang dizahirkan melalui ibadah korban bukan sahaja mengajar erti keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT, malah menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, memupuk perpaduan serta menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

Beliau berharap program seumpama itu akan terus dilaksanakan pada masa hadapan sebagai wadah memperkukuhkan ukhuwah, memperkasa pembangunan sahsiah masyarakat dan menyemarakkan amalan keagamaan dalam kalangan penduduk DUN Lingga.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Ibadah korban perkukuh perpaduan, eratkan silaturahim masyarakat Kabong
Next: Hari Gawai budaya unik yang satukan rakyat Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.