Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Batu Danau sumbang lapan kerbau sempena Aidiladha
  • Utara
  • WILAYAH

ADUN Batu Danau sumbang lapan kerbau sempena Aidiladha

Utusan Sarawak 2 hours ago
SUMBANGAN KERBAU… Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang ketika menyempurnakan Majlis Ibadah Korban anjuran Pusat Khidmat Batu Danau di Kampung Belading, hari ini.

LIMBANG: Sebanyak lapan kerbau disumbangkan oleh Pusat Khidmat Batu Danau kepada beberapa masjid dan surau di kawasan Batu Danau sempena sambutan Aidiladha tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang berkata tradisi pelaksanaan ibadah korban di Batu Danau telah diadakan sejak lebih 11 tahun lalu sebagai usaha menyantuni masyarakat Islam di kawasannya setiap tahun.

“Pada tahun ini, kita mengadakan sambutan Aidiladha bagi kawasan Batu Danau. Sempena sambutan Aidiladha kali ini, pusat khidmat kita menyumbangkan sebanyak lapan kerbau, iaitu tujuh kerbau untuk surau-surau di kawasan Batu Danau dan seekor lagi untuk surau Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Aidiladha kepada seluruh masyarakat Islam, bukan sahaja di kawasan Batu Danau, malah di Daerah Limbang, Sarawak dan seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Ibadah Korban anjuran Pusat Khidmat Batu Danau di Kampung Belading, hari ini.

SUMBANGAN KERBAU… Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang ketika menyempurnakan Majlis Ibadah Korban anjuran Pusat Khidmat Batu Danau di Kampung Belading, hari ini.

Paulus berkata, selain masyarakat Islam, masyarakat bukan Islam di kawasan Batu Danau turut memainkan peranan membantu menjayakan program ibadah korban yang diadakan setiap tahun.

Menurut beliau, rakyat perlu bersyukur kerana negara ini masih berada dalam keadaan aman dan damai, sekali gus membolehkan sambutan Aidiladha diraikan dengan penuh kesyukuran tanpa sebarang kebimbangan berkaitan aspek keselamatan.

Katanya, situasi di Malaysia jauh berbeza berbanding beberapa negara lain yang berdepan konflik dan peperangan akibat ketidakstabilan politik serta masalah keselamatan yang berpanjangan.

Turut hadir isteri ADUN Batu Danau, Datin Mary Sindang dan Ketua Kampung Belading, Matzin Sumil.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 328.2 kg daging korban diagih kepada asnaf dan kariah di Masjid Bandar Sri Aman
Next: Korban Perdana Aidiladha 2026 satukan belia dan masyarakat Pusa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.