Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Tempat letak kereta dijadikan stor terbakar di Jalan Bakau
  • KEBAKARAN

Tempat letak kereta dijadikan stor terbakar di Jalan Bakau

Utusan Sarawak 3 hours ago
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran stor di Jalan Bakau, hari ini. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran yang melibatkan tempat letak kereta rumah dua tingkat yang dijadikan stor penyimpanan barang lusuh dan peti ais di Jalan Bakau, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Vincent Baling berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada 11.07 pagi.

Katanya, sepasukan anggota bomba yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Redzuan Hussain bersama lapan anggota segera digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, didapati kebakaran melibatkan tempat letak kereta rumah dua tingkat yang dijadikan stor penyimpanan barang-barang lusuh dan peti ais.

“Anggaran kemusnahan akibat kebakaran adalah sekitar 15 peratus,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, selepas membuat penilaian situasi, komander operasi mengarahkan pasukan pemadaman yang lengkap dengan pakaian pelindung diri (PPE) menjalankan operasi pemadaman secara defensif bagi mengawal kemerebakan api.

“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran bantu mula dan satu nozel sepanjang 100 kaki dari pam jentera dengan sumber air diperoleh daripada pili bomba berhampiran.

“Hasil tindakan pantas anggota bomba di lokasi, api berjaya dikawal pada 11.35 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya,” katanya.

Tambahnya, selepas kebakaran berjaya dipadamkan, pasukan bomba menjalankan kerja memadamkan sisa kebakaran bagi memastikan tiada lagi sisa kebakaran yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 11.55 pagi selepas keadaan disahkan selamat dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak kami,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah panjang 29 pintu musnah terbakar menjelang Gawai
Next: Stor dijadikan rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Merdeka, Swee Joo Park

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.