Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki maut, wanita cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Melugu
  • KEMALANGAN

Lelaki maut, wanita cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Melugu

Utusan Sarawak 4 hours ago
KEADAAN lokasi kemalangan di Jalan Melugu selepas insiden kemalangan kendiri membabitkan sebuah Perodua Bezza mengorbankan seorang lelaki dan mencederakan seorang wanita. Foto JBPM Sarawak.

SRI AMAN: Seorang lelaki berusia 22 tahun maut manakala seorang wanita berusia 23 tahun cedera dalam kemalangan kendiri membabitkan sebuah kenderaan Perodua Bezza di Jalan Sg. Tanggung, Melugu di sini hari ini.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 8.39 pagi. 

Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada 8.50 pagi dengan jarak kira-kira 10 kilometer dari balai dan mendapati kemalangan membabitkan dua mangsa lelaki dan wanita dewasa.

Komander Operasi, PBK I Noor Faqriakmal Jamari berkata, ketika tiba di lokasi, seorang mangsa lelaki didapati tersepit di dalam kenderaan.

“Pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa lelaki yang tersepit menggunakan peralatan khas.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, seorang lagi mangsa wanita dilaporkan telah dikeluarkan lebih awal oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Mangsa wanita mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM untuk rawatan lanjut,” katanya.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Warga emas maut dirempuh MPV di Jambatan Sepupok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.