MIS: LPB, SAINS salur RM3 juta zakat perniagaan kepada TBS

Facebook
WhatsApp
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan penyerahan zakat perniagaan RM3 juta oleh LPB dan SAINS kepada Tabung Baitulmal Sarawak di Kuching. Foto UKAS 

KUCHING: Zakat perniagaan berjumlah RM3 juta disalurkan kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), hari ini, melibatkan sumbangan Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) dan Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS).

Penyerahan itu disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam majlis di Kompleks Satria Pertiwi, di sini.

LPB menyumbang RM2 juta yang disampaikan oleh Pengerusinya, Dato Sharkawi Alis kepada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Misnu Taha.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan penyerahan zakat perniagaan RM3 juta oleh LPB dan SAINS kepada Tabung Baitulmal Sarawak di Kuching. Foto UKAS 

SAINS pula menyalurkan RM1 juta menerusi Timbalan Pengerusinya, Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Dato Husain kepada Datuk Misnu.

Sumbangan ini mencerminkan komitmen berterusan agensi dan syarikat berkaitan kerajaan dalam memperkukuh dana kebajikan Islam negeri serta membantu golongan asnaf di Sarawak.

Turut hadir, Pengerusi SAINS, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam.

Majlis turut dihadiri, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Ahli Lembaga Pengarah SAINS, Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar, Ketua Pegawai Eksekutif SAINS, Busiai Seman, Ahli Lembaga Pengarah SiliconNet Technologies (SNT) Sdn Bhd, Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel serta Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie.

Misteri Penjaga Rimba Purba

MALAM melabuhkan tirainya, membalut gelap belantara dengan seribu rahsia. Di celah-celah pokok besar tersembunyi ilmu dan bisikan roh purba. Gabungan