
LAWAS: Ibadah korban di Daerah Lawas berjalan lancar dan sempurna di surau serta masjid di daerah ini.
Pengerusi Masjid Besar Darul Ma’mur Lawas, Awang@Ibrahim Ahmad berkata, kerbau yang disumbangkan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah disembelih pagi tadi bersama beberapa ekor kerbau lain yang disumbangkan kepada Unit Saudara Kita Daerah Lawas, PERKIM Cawangan Lawas serta orang perseorangan.

“Syukur dan terima kasih Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah menyumbang sejumlah 24 ekor kerbau melalui Lembaga Hak Amanah Khairat Islam Lawas (LAKHIL).
“Agihan kerbau untuk ibadah korban ini kita lakukan mengikut zon dan dilakukan secara pengiliran antara surau dan masjid di Lawas.

“Jadi yang tidak dapat tahun lepas maka tahun ini mereka mendapat sumbangan kerbau untuk ibadah korban,” katanya ketika ditemui media pagi tadi.
Oleh Adeng Edrus