Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PJPN disampaikan kepada pesara, waris polis sekitar Sri Aman 
  • Selatan
  • WILAYAH

PJPN disampaikan kepada pesara, waris polis sekitar Sri Aman 

Utusan Sarawak 8 hours ago
KETUA Polis Daerah Sri Aman, Superintenden Dennis Bunyam yang menyampaikan pingat kepada 10 penerima terdiri daripada pesara polis serta waris pesara polis di rumah masing-masing. Foto: IPD Sri Aman

SIMANGGANG: Program Ziarah dan Penyampaian Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Tanpa Istiadat Peringkat IPD Sri Aman telah diadakan di sekitar Daerah Sri Aman semalam sebagai penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan pesara polis serta waris pesara polis.

Menurut kenyataan media IPD Sri Aman, majlis penyampaian PJPN tanpa istiadat itu dilaksanakan di kediaman penerima bagi memastikan penghormatan terus diberikan kepada bekas anggota pasukan keselamatan yang telah banyak berbakti kepada negara.

Majlis tersebut telah disempurnakan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintenden Dennis Bunyam yang menyampaikan pingat kepada 10 penerima terdiri daripada pesara polis serta waris pesara polis di rumah masing-masing.

Walaupun majlis diadakan secara ringkas tanpa istiadat rasmi selama dua hari, penyampaian kurniaan pingat tetap berlangsung dalam suasana penuh penghormatan dan penghargaan terhadap jasa penerima.

IPD Sri Aman turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua pesara serta waris yang menerima PJPN atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan mereka dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

KETUA Polis Daerah Sri Aman, Superintenden Dennis Bunyam yang menyampaikan pingat kepada 10 penerima terdiri daripada pesara polis serta waris pesara polis di rumah masing-masing. Foto: IPD Sri Aman

Menurut kenyataan itu lagi, program ziarah berkenaan juga memperlihatkan keprihatinan PDRM dalam menyantuni bekas anggota dan waris mereka selain mengeratkan hubungan silaturahim bersama komuniti pesara polis.

Pesara dan waris yang menerima pingat turut menzahirkan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada rombongan IPD Sri Aman atas kehadiran dan keprihatinan yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung.

Kehadiran rombongan tersebut disambut baik oleh penerima pingat yang menyifatkan inisiatif berkenaan sebagai satu penghormatan bermakna terhadap jasa anggota keselamatan terdahulu.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) Asisten Superintenden (ASP) Kalang Buda, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam (KBKA) ASP Tajim Risit, Ketua Polis Balai (KPB) ASP Leonard Mallaca serta enam Pegawai Rendah Polis IPD Sri Aman.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BSJKD IPD Lubok Antu terus perhebat kempen kesedaran jenayah komersial
Next: RISDA Sarawak santuni komuniti melalui Program Ibadah Korban di Kampung Muara Tuang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.