Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Lembaran baharu NJWA
  • HIBURAN

Lembaran baharu NJWA

Utusan Sarawak 8 hours ago
PENYANYI dan komposer NJWA atau nama sebenar Najwa Mahiaddin ketika ditemubual Bernama baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Selepas beberapa tahun memperlahankan rentak dalam industri muzik tanah air, penyanyi dan komposer NJWA membuka lembaran baharu dalam perjalanan seninya dengan fasa lebih matang, termasuk perancangan untuk melahirkan karya baharu.

NJWA yang sebelum ini dikenali sebagai Najwa Mahiaddin, membuat kemunculan semula selepas kira-kira lima tahun memberi tumpuan kepada keluarga, dan dilakukannya setelah dapat menyesuaikan diri antara kehidupan peribadi dan kerjaya seni.

“Orang mungkin nampak macam saya menghilang, tapi sebenarnya tidak…cuma saya lebih ‘quiet’ dalam tempoh lebih kurang lima tahun ini selepas COVID-19 dan selepas saya dapat anak. Dalam tempoh itu saya banyak fokus jadi ibu dan cuba cari keseimbangan antara nak jadi artis dan nak jadi ibu.

NJWA membuat kemunculan semula selepas kira-kira lima tahun memberi tumpuan kepada keluarga dan dilakukannya setelah dapat menyesuaikan diri antara kehidupan peribadi dan kerjaya seni.

“Sekarang, bila anak saya dah berusia lima tahun, saya rasa lebih selesa dan sudah boleh imbangkan masa jadi ibu dan untuk kerja. Alhamdulillah, setakat ini semuanya okey. Sekarang saya rasa sudah bersedia untuk kembali dengan karya sendiri (baharu),” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

NJWA, 40, berkata walaupun tidak kerap muncul di arus perdana, beliau tidak pernah berhenti berkarya dan masih aktif menulis lagu di belakang tabir.

Beliau juga mendedahkan sedang bekerjasama dengan beberapa penerbit muda bagi menghasilkan karya terbaharu yang lebih segar dan kontemporari, selain meneroka idea serta bunyi muzik yang lebih luas selari dengan perkembangan industri semasa.

NJWA mencipta lagu single Ernie Zakri  bertajuk Tak Berlagu.

“Buat masa sekarang saya tidak boleh dedahkan banyak sangat tentang projek itu, tapi saya ada tulis lagu baharu. Bila tiba masa yang sesuai, saya akan terbitkan,” katanya.

Selain itu, NJWA berkata beliau turut mencipta lagu untuk beberapa artis lain, dengan yang terbaharu merupakan single  Ernie Zakri  bertajuk Tak Berlagu yang menjadi runut bunyi  filem seram Khadam.

Artis-artis lain yang pernah menggunakan karya sentuhan penyanyi yang menggondoli Anugerah Artis Baru Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-18 itu termasuk Anuar Zain, Sheila Majid dan Dayang Nurfaizah.

Ditanya berhubung nama pentas baharu beliau, NJWA berkata langkah itu dibuat bagi menyesuaikan diri dengan landskap industri muzik digital yang semakin global, di samping memudahkan pengenalan serta mengelakkan kekeliruan identiti di platform penstriman yang kini menjadi antara saluran utama penggunaan muzik.

“Saya ringkaskan nama supaya lebih mudah dikenali dan lebih sesuai dengan dunia hari ini,” katanya sambil menjelaskan perubahan itu juga membantu beliau bergerak – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: MAB anjur konsert amal ‘Muzik Demi Penglihatan 2.0’ Sabtu ini, kumpul dana OKU

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.