Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek RTP jalan lorong Kampung Hulu Perpat tingkat kemudahan penduduk
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek RTP jalan lorong Kampung Hulu Perpat tingkat kemudahan penduduk

Utusan Sarawak 6 hours ago
KAUNSELOR Kasdi Pandi mewakili ADUN Kalaka bagi menghadiri lawatan tapak bersama pihak DID Bahagian Betong di Kampung Hulu Perpat. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi pembinaan baharu jalan lorong di Kampung Hulu Perpat kini dalam proses pelaksanaan menerusi agensi pelaksana Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Betong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata lawatan dan siasatan tapak telah diadakan bagi meninjau keperluan serta keadaan semasa laluan yang memerlukan kerja naik taraf.

Menurut beliau, projek tersebut bertujuan meningkatkan kemudahan infrastruktur luar bandar khususnya bagi memberi keselesaan kepada penduduk kampung yang menggunakan laluan berkenaan setiap hari.

Katanya, Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi telah mewakili beliau menghadiri lawatan tapak bersama pihak DID Bahagian Betong.

Tambah beliau, kehadiran wakil rakyat dan agensi pelaksana ke kawasan projek penting bagi memastikan segala keperluan penduduk dapat dikenal pasti sebelum kerja pembinaan dilaksanakan.

JALAN lorong kampung akan dinaik taraf secara berperingkat. Foto: ADUN Kalaka

Dalam lawatan tersebut, Ketua Kaum Kampung Hulu Perpat, Peni Seli turut hadir bagi membantu mengenal pasti laluan rumah penduduk yang memerlukan proses naik taraf kepada jalan konkrit.

Mohamad Diri berkata, usaha menaik taraf jalan lorong kampung akan diteruskan secara berperingkat demi memastikan kemudahan asas penduduk luar bandar sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

“Keperluan naik taraf jalan lorong rumah-rumah di kawasan kampung akan dilaksanakan secara berterusan di seluruh kawasan DUN Kalaka setiap tahun,” katanya.

Beliau berharap pelaksanaan projek RTP itu dapat memberi manfaat besar kepada penduduk Kampung Hulu Perpat sekali gus meningkatkan keselesaan dan jaringan perhubungan di kawasan luar bandar.

Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Operasi tangkap lembu korban terlepas berjaya dikawal bomba Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.