Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Empat maut dalam nahas bas sekolah-kereta api di Belgium
  • GLOBAL

Empat maut dalam nahas bas sekolah-kereta api di Belgium

Utusan Sarawak 3 hours ago
SEBUAH van diletakkan bersebelahan bas yang remuk di lokasi kemalangan selepas sebuah kereta api merempuh bas sekolah di lintasan kereta api Vierhuizen di Buggenhout, kira-kira 20 kilometer di utara Brussels hari ini. Foto AFP

BRUSSELS, Belgium: Beberapa orang maut selepas sebuah bas sekolah bertembung dengan kereta api di bandar Buggenhout, Belgium hari ini, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Dua remaja, pemandu bas dan seorang dewasa meninggal dunia, manakala dua penumpang cedera parah, kata Menteri Pengangkutan Belgium Jean-Luc Crucke kepada RTL Info.

Punca kemalangan, yang berlaku kira-kira 20 kilometer ke utara Brussels, tidak diketahui.

Menurut syarikat infrastruktur kereta api Infrabel, lintasan kereta api telah ditutup ketika kemalangan berlaku.

“Rakaman pengawasan menunjukkan lampu isyarat merah, dan penghadang berada di bawah. Pemandu kereta api juga menekan brek kecemasan, namun perlanggaran tidak dapat dielakkan,” kata jurucakap Infrabel Thomas Baeken yang dipetik oleh agensi berita Belga. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Ferrari perkenalkan kereta elektrik pertama
Next: Jemaah haji berhimpun di Jabal Al-Rahmah pada hari Arafah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.