Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • GPS selamatkan projek Jambatan Batang Lupar 1, guna dana Sarawak sendiri – Gerald
  • Selatan
  • WILAYAH

GPS selamatkan projek Jambatan Batang Lupar 1, guna dana Sarawak sendiri – Gerald

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENGERUSI JAKKSA…Gerald Empaling.

SIMANGGANG: Rakyat Sarawak digesa agar tidak terpedaya dengan sebarang draf propaganda politik di media sosial yang cuba memutarbelitkan fakta sejarah berhubung projek pembinaan Jambatan Batang Lupar 1.

Pengerusi Jawatankuasa Amal dan Kesihatan Komuniti Sri Aman (JAKKSA), Gerald Empaling berkata kejayaan penyiapan infrastruktur ikonik itu merupakan bukti nyata keazaman, komitmen dan tanggungjawab kewangan sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Beliau turut menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Sebastian Ting, dalam usaha memperbetulkan dakwaan mengelirukan yang sedang tular di media sosial berkaitan projek berkenaan.

Menurut Gerald, projek Jambatan Batang Lupar 1 pada asalnya telah diluluskan ketika era pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum landskap projek itu berubah susulan pertukaran Kerajaan Persekutuan pada 2018.

JAMBATAN Batang Lupar 1.

“Sejarah tidak boleh dipadam. Selepas pertukaran Kerajaan Persekutuan pada 2018, pentadbiran Pakatan Harapan (PH) menerusi Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng (DAP), telah bertindak agresif membatalkan beberapa projek infrastruktur kritikal di Sarawak termasuk Jambatan Batang Lupar,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, meskipun projek berkenaan dibatalkan oleh Kerajaan Persekutuan ketika itu, kerajaan Sarawak enggan membiarkan kepentingan dan kebajikan penduduk pesisir serta luar bandar terus terabai.

Katanya, di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kerajaan Sarawak mengambil langkah berani untuk meneruskan pembiayaan dan pelaksanaan projek berkenaan menggunakan dana serta sumber dalaman negeri sendiri.

Gerald berkata, Jambatan Batang Lupar 1 kini bukan sekadar sebuah struktur penghubung, malah menjadi simbol ketahanan, kemampuan serta visi besar GPS dalam membela nasib rakyat khususnya di kawasan Sri Aman.

Beliau turut menyelar tindakan pihak tertentu yang cuba mengaitkan kejayaan projek tersebut dengan ihsan Kerajaan Persekutuan hari ini sambil menegaskan bahawa projek itu diselamatkan dan disiapkan sepenuhnya menggunakan dana Sarawak selepas dibatalkan oleh Putrajaya pada 2018.

Tambah beliau, pembinaan jambatan itu telah membuka akses jaringan perhubungan yang lebih baik serta memacu limpahan ekonomi kepada penduduk Sri Aman, selain menyeru pengguna media sosial supaya sentiasa menapis maklumat dan berpegang kepada fakta sejarah yang sahih.

“Rakyat berhak mendapat fakta yang betul, bukannya draf propaganda politik. Sebarang pencapaian pembangunan yang sah milik Sarawak mestilah diiktiraf secara jujur, adil dan telus,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Sri Aman.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 21 lembu korban diagih sempena Aidiladha di Bekenu
Next: Buaya sepanjang 1.83 meter berjaya ditangkap dalam longkang perumahan di Senadin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.