“Soal calon, tunggu keputusan Premier” – Dr Sim

Facebook
WhatsApp
DATUK Amar Dr Sim Kui Hian ketika ditemui media selepas Majlis Penutupan Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS) 2026 sempena sambutan Hari Ozon Sedunia 2026, hari ini. Foto UKAS

KUCHING, 31 Oktober: Sebarang keputusan berhubung cadangan Parti Demokratik Progresif (PDP) untuk menamakan Joshua Ting sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan diserahkan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, perkara itu selaras dengan pendirian yang telah dipersetujui dalam mesyuarat Gabungan Parti Sarawak (GPS), iaitu menyerahkan keputusan berkaitan calon kepada Premier.

Menurutnya, semua pihak dalam gabungan itu perlu menghormati keputusan berkenaan dan tidak mendahului pertimbangan Premier.

“Kita sudah bersetuju dalam mesyuarat GPS bahawa semua keputusan diserahkan kepada Premier. Jadi, kita serahkan kepada Premier,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penutupan Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS) 2026 sempena sambutan Hari Ozon Sedunia 2026, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan PDP berhubung Joshua Ting.

Dr Sim bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan menegaskan bahawa keputusan berkenaan perlu diserahkan kepada Premier.

Oleh Adele Rissa