Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 21 lembu korban diagih sempena Aidiladha di Bekenu
  • Utara
  • WILAYAH

21 lembu korban diagih sempena Aidiladha di Bekenu

Utusan Sarawak 4 hours ago
SERAH… Datuk Rosey Yunus rakam kenangan bersama jawatankuasa masjid, surau dan Kampung pada Majlis Penyerahan Lembu Korban 2026 di Masjid Al Mutaqqin hari ini.

BEKENU: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus hari ini menyerahkan sebanyak 21 ekor lembu korban sempena sambutan Aidiladha yang bakal diraikan esok kepada wakil masjid dan surau serta kampung.

Majlis penyerahan berkenaan berlangsung di Masjid Al Muttaqin, di sini.

Bercakap pada majlis penyerahan itu, Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata, ibadah korban bukan sahaja melambangkan ketaatan kepada Allah SWT, malah menjadi medium memperkukuh semangat perpaduan, kesatuan dan budaya saling membantu dalam kalangan masyarakat.

PELAKSANAAN ibadah korban akan dilakukan oleh ahli jawatan kuasa masjid, surau dan kampung masing-masing.

“Aidiladha bukan sekadar perayaan, ia satu penghayatan terhadap nilai pengorbanan, keikhlasan dan kepedulian.

“Kita berharap sumbangan ini bukan sahaja membolehkan ibadah korban dilaksanakan, malah dapat memeriahkan sambutan Aidiladha di kawasan masing-masing, di samping memastikan daging korban diagihkan kepada golongan yang kurang berkemampuan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Khas Pusat Khidmat Wakil Rakyat N.71 Bekenu, mantan Kaunselor Sulaiman Ahmad berkata pihaknya menggerakkan wakil-wakil dari enam masjid, tiga surau dan 10 kampung bagi membantu proses penyerahan lembu korban, khususnya ke masjid dan surau yang terlibat.

“Pelaksanaan ibadah korban akan dilakukan oleh ahli jawatan kuasa masjid, surau dan kampung masing-masing. Kita hanya menyerahkan sumbangan, manakala proses penyembelihan dan pengagihan daging korban akan dilaksanakan oleh pihak terbabit,” katanya.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 20 KIR di Pakan terima bantuan Sejahtera MADANI
Next: GPS selamatkan projek Jambatan Batang Lupar 1, guna dana Sarawak sendiri – Gerald

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.