Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Warga asing ditahan bersama syabu bernilai RM3,200 di Mukah
  • JENAYAH

Warga asing ditahan bersama syabu bernilai RM3,200 di Mukah

Utusan Sarawak 6 hours ago
POLIS menahan seorang lelaki warga asing yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dalam satu serbuan di sebuah pondok di atas bukit di Jalan Mukah-Selangau. Foto PDRM

MUKAH: Polis menahan seorang lelaki warga asing berusia 22 tahun disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dalam satu serbuan di sebuah pondok di atas bukit di Jalan Mukah-Selangau berhampiran laluan jejambat Selangau, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, serbuan kira-kira 10.30 pagi itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah hasil risikan.

Beliau berkata, suspek cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis namun berjaya ditahan di bahagian belakang pondok berkenaan.

“Pasukan serbuan terpaksa menggunakan kekerasan minimum semasa proses tangkapan apabila suspek bertindak agresif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

POLIS turut merampas dadah yang disimpan dalam sebuah beg silang hitam. Foto PDRM

Menurutnya, pemeriksaan di lokasi serbuan menemukan 22 keratan tiub straw lutsinar dan 25 paket plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu yang disimpan dalam sebuah beg silang hitam.

“Anggaran berat kasar dadah yang dirampas ialah 63.46 gram dengan nilai dianggarkan RM3,200,” katanya.

Muhamad Rizal berkata, suspek bersama barang rampasan kemudian dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut dan hasil ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama, selain kertas siasatan turut dibuka mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana suspek tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Beliau berkata, suspek yang bekerja sebagai buruh ladang kelapa sawit direman tujuh hari sehingga 2 Jun depan bagi membantu siasatan.

“IPD Mukah komited dalam usaha membanteras segala aktiviti penyalahgunaan dadah dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menyalurkannya melalui talian hotline 084-871222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Padah gagal jawab panggilan telefon, nelayan belasah adik kandung di kilang sawit
Next: IPD Meradong giat banteras penyalahgunaan dadah 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.