Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Kampung Siapsiaga APM Lubok Antu perkasa kesiapsiagaan penduduk hadapi bencana
  • Selatan
  • WILAYAH

Program Kampung Siapsiaga APM Lubok Antu perkasa kesiapsiagaan penduduk hadapi bencana

Utusan Sarawak 6 hours ago
SERAMAI 95 peserta menyertai Program Kampung Siapsiaga anjuran APM Daerah Lubok Antu yang berlangsung selama dua hari di Rumah Tutong, Danau, Engkilili, semalam. Foto APM Lubok Antu

LUBOK ANTU: Seramai 95 peserta menyertai Program Kampung Siapsiaga anjuran Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lubok Antu yang berlangsung selama dua hari di Rumah Tutong, Danau, Engkilili, semalam.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Lubok Antu, Leftenan Desem Samuel, program yang diadakan pada 23 hingga 24 Mei itu bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang kecemasan dan bencana.

Beliau berkata, program bermula seawal 7.30 pagi hingga 6.00 petang itu melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, APM Daerah Lubok Antu menugaskan dua pegawai bersama 12 jurulatih dan urusetia sepanjang program berlangsung bagi memastikan setiap modul latihan dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

ANTARA silibus yang diajar kepada para peserta. Foto APM Lubok Antu.

Turut terlibat ialah seorang pegawai dan dua anggota daripada Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu, selain tiga pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Sri Aman.

Dalam pada itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman turut menghantar empat wakil bagi memberi pendedahan berkaitan pengurusan bencana serta kebajikan mangsa ketika ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Antara silibus yang diajar kepada peserta termasuk pengenalan kepada fungsi dan peranan APM, protokol bantuan pernafasan kecemasan (CPR), teknik menyelamat kecemasan serta langkah keselamatan ketika berlaku kebakaran.

Selain itu, peserta turut diberikan penerangan berkaitan aspek keselamatan semasa berada di PPS yang dikendalikan pihak polis, di samping latihan pengurusan bencana oleh pihak JKM.

Leftenan Desem berkata, latihan yang dilaksanakan bukan sahaja melibatkan sesi teori, malah orang awam turut diberi peluang menjalani latihan praktikal bagi memastikan mereka lebih bersedia dan yakin untuk bertindak ketika berdepan situasi kecemasan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Ilmeilyana ungguli pertandingan Kumang sempena Pra-Gawai Marudi
Next: 876 penduduk rumah panjang DUN Kabong terima bakul makanan sempena Gawai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.