PRN: Kelompok umur 30-39 tahun, kumpulan pemilih terbesar

Facebook
WhatsApp
Foto janaan AI. Sumber SPR.

KUCHING, 11 November: Kumpulan umur 30 hingga 39 tahun merupakan kumpulan pemilih terbesar direkodkan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 pada 12 Disember ini.

Berdasarkan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang dikemas kini sehingga 25 Oktober 2026, kumpulan terbabit merangkumi 441,884 orang (21.46 peratus) daripada jumlah 2,058,781 pemilih berdaftar.

Ini diikuti kumpulan umur 21 hingga 29 tahun seramai 405,499 orang (19.70 peratus).

 Daripada jumlah 2,058,781 pemilih berdaftar direkodkan itu, seramai 2,034,373 merupakan pengundi biasa, diikuti 13,575 anggota tentera dan pasangan serta 10,833 anggota polis dan pasangan.

Dari segi jantina, pemilih lelaki mencatatkan jumlah lebih tinggi iaitu 1,032,395 orang (50.15 peratus), berbanding 1,026,386 pemilih perempuan (49.85 peratus).

Sementara itu, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.75 Senadin merekodkan jumlah pemilih tertinggi dengan 75,641 orang, diikuti N.52 Dudong (56,555), N.06 Tupong (56,019), N.54 Pelawan (52,601) dan N.12 Kota Sentosa (48,460).

Oleh Shikin Mahmud