Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ilmeilyana ungguli pertandingan Kumang sempena Pra-Gawai Marudi
  • Utara
  • WILAYAH

Ilmeilyana ungguli pertandingan Kumang sempena Pra-Gawai Marudi

Utusan Sarawak 5 hours ago
 ANGGUN…Finalis Pekit Kumang 2026 merakam gambar kenangan bersama Datuk Gerawat Gala dan barisan Jawatankuasa Pengelola. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Ilmeilyana Agulera Lian, 25, dari Rh Sophia, Sungai Kelabit, Bakong dinobatkan sebagai juara pertandingan Kumang 2026 yang diadakan di Dewan Suarah Marudi sempena Pra-Gawai 2026, malam tadi.

Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 berserta sejambak bunga, mahkota, selempang dan sijil penyertaan.

Tempat kedua dimenangi Vivian Sharon Donny Saga dari Rh Polen, Sungai Melikat, Marudi yang menerima hadiah wang tunai RM2,500 berserta sejambak bunga, mahkota, selempang dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga pula dimenangi Florence Cynthia Jacksan, 21, dari Sungai Selepin, Bakong yang menerima hadiah wang tunai RM2,000 serta sejambak bunga, mahkota, selempang dan sijil penyertaan.

   TAHNIAH…Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Marudi, Rose Edward Tarang menyamapaikan hadiah kepada Jennifer Segunting yang diumumkan Catwalk Terbaik. Foto Jiku Juguong

Peserta yang menduduki tempat keempat dan kelima masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan RM800 berserta sijil penyertaan.

Sementara itu, tujuh peserta lain menerima hadiah saguhati RM500 setiap seorang berserta sijil penyertaan.

Dalam pertandingan sama, Jennifer Segunting dari Rh Tanjong, Sungai Stapang B, Marudi diumumkan sebagai pemenang kategori Catwalk Terbaik, manakala anugerah Pakaian Terbaik dimenangi Ilmeilyana Agulera Lian.

Hadiah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala dan Pegawai Daerah Marudi, Rose Edward Tarang.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Ular sawa batik dua meter muncul dalam paip singki kedai
Next: Program Kampung Siapsiaga APM Lubok Antu perkasa kesiapsiagaan penduduk hadapi bencana

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.