Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Tiga rumah teres terbakar di RPR Batu Kawa
  • KEBAKARAN

Tiga rumah teres terbakar di RPR Batu Kawa

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANGGOTA bomba menjalankan operasi pemadaman kebakaran melibatkan tiga rumah teres dua tingkat di RPR Batu Kawa Fasa 1 Lorong 18, Kuching tengah hari ini. Foto JBPM

KUCHING: Tiga rumah teres dua tingkat di RPR Batu Kawa Fasa 1 Lorong 18 di sini mengalami kebakaran teruk dalam kejadian tengah hari ini.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.49 pagi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Kana Tawi berkata, pasukan tiba di lokasi pada 11.59 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan tiga rumah teres dua tingkat.

“Kebakaran mengakibatkan bahagian atas ketiga-tiga rumah terbakar sepenuhnya dan api turut merebak ke sebuah rumah keempat berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba segera menjalankan operasi pemadaman serta tindakan fire break bagi mengawal dan menghalang api daripada terus merebak ke rumah lain berhampiran.

“Kebakaran berjaya dikawal pada 12.14 tengah hari dan operasi pemadaman masih dijalankan ketika laporan ini dikeluarkan,” jelasnya.

Tambah beliau, setakat ini tiada kecederaan atau kemalangan dilaporkan melibatkan kejadian tersebut.

Continue Reading

Previous: Rumah kosong terbiar musnah dalam kebakaran di kawasan hutan 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.