BINTANGOR: Empat penghuni salah sebuah rumah persendirian di Jalan Entabai, Nanga Abui, Julau berdepan detik cemas apabila kejadiam tanah runtuh berlaku di bahagian pagar belakang dan dapur rumah mereka.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, PPgB Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.51 petang kelmarin.
“Tiga anggota bomba diketuai oleh PBK II Abd Rahman Abu Serah bergehas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.
“Pasukan bomba tiba di lokasi sekitar 6.43 petang dan menjalankan pemantauan di lokasi tanah runtuh,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, malam kelmarin.
Katanya, penghuni dirumah tersebut dinasihatkan oleh pasukan bomba supaya bermalam di rumah lain kerana berkemungkinan masih berlaku tanah runtuh memandangkan hujan masih turun.
“Anggaran keluaran tanah runtuh ialah seluas 200 meter persegi.
“Pasukan bomba membuat pemantauan kawasan tersebut untuk memastikan keadaan selamat dan seterusnya memasang penghalang di kawasan yang terjejas,” ujarnya.