Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 26 diselamatkan selepas bangunan runtuh di utara Filipina
  • GLOBAL

26 diselamatkan selepas bangunan runtuh di utara Filipina

Utusan Sarawak 4 hours ago
OPERASI menyelamat diteruskan di lokasi kejadian selepas puluhan mangsa dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan. Foto AFP

MANILA: Seramai 26 mangsa diselamatkan selepas sebuah bangunan sembilan tingkat yang sedang dalam pembinaan runtuh awal Ahad di Angeles City, wilayah Pampanga di utara Filipina, menurut pihak berkuasa kerajaan tempatan, lapor Xinhua.

Pejabat Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Angeles City berkata 24 mangsa dikeluarkan daripada struktur runtuhan itu, manakala dua lagi diselamatkan dari sebuah bangunan berhampiran yang turut terjejas dalam kejadian berkenaan.

Pasukan penyelamat sedang giat mencari mangsa yang masih terperangkap.

Pejabat Penerangan Angeles City berkata kejadian berlaku kira-kira 3.00 pagi waktu tempatan.

Insiden itu berlaku selepas hujan lebat dan angin kencang melanda pada malam Sabtu.

Kira-kira 44 milimeter hujan dicatatkan di Angeles City dari 7.00 malam hingga 8.00 malam Sabtu, menurut perkhidmatan kajicuaca tempatan.

Laporan awal menyebut sekurang-kurangnya 30 mangsa terperangkap di bawah runtuhan bangunan itu.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Empat maut terhidu asap generator ketika gangguan bekalan elektrik di Sumatera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.