Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • California isytihar darurat di Orange County susulan insiden kimia
  • GLOBAL

California isytihar darurat di Orange County susulan insiden kimia

Utusan Sarawak 4 hours ago
GABENOR California mengisytiharkan darurat susulan ancaman letupan tangki bahan kimia di Orange County. Foto AGENSI

LOS ANGELES: Gabenor California Gavin Newsom pada Sabtu mengisytiharkan darurat di Orange County ketika pasukan kecemasan berusaha menyejukkan sebuah tangki yang mengandungi bahan kimia industri mudah meruap di sebuah kemudahan pembuatan aeroangkasa di Garden Grove, lapor Xinhua.

“Keselamatan penduduk Orange County menjadi keutamaan,” kata Newsom dalam satu kenyataan.

California mengerahkan semua sumber yang ada bagi menyokong pasukan tindak balas dan komuniti terjejas, kata beliau.

Perintah darurat itu membolehkan negeri berkenaan menggerakkan sumber tambahan dan mempercepat penyelarasan antara agensi tempatan, negeri dan persekutuan yang bertindak balas terhadap krisis di loji GKN Aerospace di Garden Grove, ketika sebuah tangki yang mengandungi metil metakrilat (MMA) kekal pada suhu tidak stabil sejak beberapa hari lalu.

MMA ialah bahan kimia industri yang sangat mudah terbakar, digunakan dalam plastik akrilik dan pembuatan aeroangkasa.

Keadaan menjadi semakin mendesak apabila suhu di dalam tangki yang terjejas terus meningkat, daripada 25 darjah Celsius sehari sebelumnya kepada kira-kira 32.22 darjah Celsius.

Pegawai bomba memberi amaran bahawa peningkatan suhu itu boleh membawa kepada dua kemungkinan utama iaitu tangki boleh pecah lalu menyebabkan kebocoran bahan kimia toksik, atau meletup dan berpotensi menyebabkan tangki bahan kimia lain berhampiran turut pecah.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Sumatera ‘bergelap’ seketika akibat cuaca buruk
Next: Empat maut terhidu asap generator ketika gangguan bekalan elektrik di Sumatera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.