Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ambuyat terus jadi pilihan masyarakat Sarawak
  • Utara
  • WILAYAH

Ambuyat terus jadi pilihan masyarakat Sarawak

Utusan Sarawak 3 hours ago
SELERA…Antara pencicah yang dimakan bersama ambuyat atau linut.

MIRI: Ambuyat atau turut dikenali sebagai ‘linut’ terus menjadi hidangan tradisional yang digemari masyarakat di Sarawak kerana keunikan rasanya serta nilai warisan budaya yang masih kekal hingga kini.

Seorang penggemar ambuyat, Napisah Lamat, 64, berkata makanan berasaskan sagu itu bukan sahaja mengenyangkan, malah mengimbau kehidupannya bersama masyarakat kampung pada zaman dahulu.

Menurutnya, makanan tradisi itu sering dihidangkan pada majlis keluarga, kenduri dan perayaan kerana mudah disediakan serta sesuai dinikmati bersama pelbagai jenis kuah pencicah tradisional.

“Sampai sekarang saya masih gemar makan ambuyat kerana rasanya unik dan lebih sedap dimakan ketika panas,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak pada Program Pertandingan Menumpah Ambuyat yang berlangsung di sini, semalam.

Napisah berkata, antara pencicah yang sering dinikmati bersama ambuyat ialah asam payak, sayur batang pisang, udang rebus serai, sayur umbut kelapa, ikan pais dan tempoyak, selain pelbagai jenis pencicah lain yang menambah selera.

Ambuyat atau linut ini merupakan sejenis makanan tradisi yang diperbuat daripada kanji sagu yang diekstrak daripada batang pokok rumbia sebelum dibancuh dengan air panas sehingga menghasilkan tekstur kenyal dan melekit.

Cara menikmatinya juga cukup unik apabila ia biasanya digulung menggunakan penyepit khas yang dikenali sebagai candas sebelum dicelup ke dalam kuah pilihan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sambutan Mantar Gawai Dayak Lubok Antu kukuh perpaduan, pelihara warisan budaya
Next: Komunikasi dua hala penting jaga kebajikan, prestasi warga polis – KPD Betong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.