Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Malaysia Masters: Panitchaphon singkir Popov untuk mara ke final
  • SUKAN

Malaysia Masters: Panitchaphon singkir Popov untuk mara ke final

Utusan Sarawak 3 hours ago
PEMAIN Perseorangan Lelaki Thailand, Panitchaphon Teeraratsakul berjaya ke perlawanan akhir selepas menewaskan pemain Perancis, Christo Popov pada Kejohanan Perodua Malaysia Masters 2026 di Unifi Arena Bukit Jalil hari ini. Teeraratsakul menang dengan keputusan 21-13 dan 21-13. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR:  Pemain perseorangan lelaki Thailand, Panitchaphon Teeraratsakul mencipta kejutan melangkah ke final Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 selepas menewaskan pilihan ketiga dari Perancis, Christo Popov pada aksi separuh akhir hari ini.

Dalam aksi berlangsung di Unifi Arena di sini, pemain nombor 28 dunia itu berjaya menguasai permainan sepenuhnya sekali gus menyingkirkan pemain nombor empat dunia tersebut dengan kemenangan straight set 21-13, 21-13 dalam masa hanya 39 minit.

Kejayaan itu menjadikan penampilan ketiga pemain berusia 21 tahun itu di pentas final musim ini iaitu selepas Indonesia Masters dan Terbuka Thailand.

Menanti Panitchaphon pada aksi final esok pemain China, Li Shifeng, yang mara selepas menewaskan rakan senegara, Hu Zhe Ann 21-17, 21-16 dalam perlawanan yang berlangsung hampir sejam.

“Berjaya melangkah ke final sekali lagi merupaan peluang terbaik buat saya. Saya mahu belajar daripada kejohanan ini tanpa meletakkan terlalu banyak tekanan terhadap diri sendiri.

“Saya akan cuba belajar daripada Li Shifeng dan meraih pengalaman sebanyak mungkin di gelanggang nanti,” katanya selepas aksi separuh akhir. 

Sementara itu bagi acara perseorangan wanita, bekas pemain nombor 1 dunia Chen Yufei menepati ramalan apabila berjaya ke final dengan kemenangan straight set ke atas wakil Jepun, Hina Akechi hari ini.

Bintang badminton China itu hanya memerlukan masa 43 minit untuk mencatat kemenangan selesa 21-11, 21-14 sekali gus mengesahkan tempat ke perlawanan akhir.

“Perlawanan hari ini sangat baik, dan secara keseluruhan saya merasakan prestasi saya semakin meningkat.

“Taktik saya di gelanggang menjadi namun masih ada beberapa aspek yang perlu saya perkemaskan,” katanya selepas perlawanan.

Yufei bakal berdepan pemain Thailand, Ratchanok Intanon pada aksi final selepas bintang Thailand itu menewaskan pemain Denmark, Line Højmark Kjærsfeldt, 21-12, 21-12 dalam masa 39 minit.- Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia tewaskan Indonesia, bertemu Thailand di final Piala Dunia Sepak Takraw malam ini
Next: Final Piala Malaysia: Penyokong sanggup belanja lebih RM15,000 demi Kuching City

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.