Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki cedera tersepit dalam kemalangan dua lori di Bau
  • KEMALANGAN

Lelaki cedera tersepit dalam kemalangan dua lori di Bau

Utusan Sarawak 3 hours ago
 KEMALANGAN membabitkan dua buah lori di Kampung Buso, Jalan Bau–Kuching, petang tadi. Foto JBPM Sarawak

BAU: Seorang lelaki cedera selepas tersepit dalam kemalangan membabitkan dua buah lori di Kampung Buso, Jalan Bau–Kuching, petang tadi.

Dalam kejadian sekitar 2.00 petang itu, mangsa mengalami kecederaan patah kaki kiri selepas kedua-dua lori bertembung di lokasi kejadian.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau menerima panggilan kecemasan pada 2.00 petang sebelum sepasukan anggota tiba di lokasi dalam tempoh lapan minit.

PASUKAN bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan penyelamat sebelum menyerahkannya kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut. Foto JBPM Sarawak

Setibanya di lokasi, pasukan mendapati seorang pemandu tersepit di bahagian tempat duduk pemandu, manakala seorang lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan penyelamat sebelum menyerahkannya kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut.

 PASUKAN bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan penyelamat sebelum menyerahkannya kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut. Foto JBPM Sarawak

Operasi menyelamat diketuai Rodziah Berawi dengan kekuatan enam anggota serta sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan EMRS, selain dibantu petugas KKM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Operasi tamat sepenuhnya pada 2.30 petang selepas keadaan disahkan selamat.

Continue Reading

Previous: Penunggang motosikal maut ditemukan dalam parit di Jalan Oya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.