Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Malaysia tewaskan Indonesia, bertemu Thailand di final Piala Dunia Sepak Takraw malam ini
  • SUKAN

Malaysia tewaskan Indonesia, bertemu Thailand di final Piala Dunia Sepak Takraw malam ini

Utusan Sarawak 3 hours ago
SKUAD regu sepak takraw negara meraikan kemenangan selepas beraksi menentang Indonesia acara regu berpasukan pada Kejuaraan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa hari ini.

KUALA LUMPUR: Malaysia sekali lagi melangkah ke pentas akhir Piala Dunia Sepak Takraw selepas mengetepikan cabaran negara serumpun Indonesia 2-0 pada aksi separuh akhir acara regu berpasukan yang berlangsung di Stadium Titiwangsa hari ini.

Kemenangan itu sudah cukup untuk memastikan skuad negara bertemu musuh tradisi Thailand pada perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 8.00 malam ini.

Thailand terlebih dahulu mengesahkan tempat ke final selepas menewaskan Korea Selatan 2-0 menerusi kemenangan 15-13, 15-10 bagi regu pertama dan 15-10, 15-9 untuk regu kedua.

Ini adalah penampilan keempat Malaysia dan Thailand di pentas final kejohanan dunia itu.

Thailand muncul juara dalam tiga pertemuan terdahulu, iaitu pada edisi 2011 di Kuala Lumpur, 2017 di Hyderabad, India serta 2024 di Kuala Lumpur. 

Pada aksi separuh akhir, ketua jurulatih negara Ahmad Jais Baharun mempertaruhkan gandingan Muhammad Zulkifli Abd Razak, Muhammad Afifuddin Mohd Razali dan Aidil Aiman Azwawi untuk regu pertama.

Percaturan itu membuahkan hasil apabila trio negara tampil cemerlang menewaskan lawan 15-7 dan 15-9 bagi menghadiahkan mata pertama buat Malaysia.

Regu kedua negara yang dibarisi Muhammad Haziq Hairul Nizam, Farhan Adam dan Mohamad Azlan Alias pula berdepan tentangan sengit apabila tewas 10-15 sebelum bangkit mencatat kemenangan 17-16 dan 15-9, sekali gus mengesahkan kemaraan Malaysia ke final.

Sementara itu, pengurus pasukan Abu Jimi Samat mengakui tentangan sengit Indonesia sememangnya sudah dijangka.

“… tapi kami tak menjangkakan satu tentangan yang begitu hebat kerana regu kedua itu memang kami tahu adalah regu utama mereka. Kami juga menurunkan regu utama, cuma sedikit terjejas kerana Syahir (Mohammad Syahir Mohd Rosdi) tiada (cedera).

“Malam ini lawan Thailand. Persembahan tadi kalau boleh perlu diperbaiki. Pemain perlu tampil 100 peratus cemerlang kerana ini perlawanan akhir Piala Dunia yang kita tidak pernah menjadi juara,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Kali terakhir Malaysia menewaskan Thailand dalam acara berpasukan adalah pada Sukan SEA 2025 di Thailand. – Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia Masters: Nova mohon maaf susulan prestasi hambar beregu campuran negara
Next: Malaysia Masters: Panitchaphon singkir Popov untuk mara ke final

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.