Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pembangunan Daro terus diperkasa demi rakyat – Dr Safiee
  • Tengah
  • WILAYAH

Pembangunan Daro terus diperkasa demi rakyat – Dr Safiee

Utusan Sarawak 5 hours ago
UNTUK RAKYAT… Dr Safiee merakam kenangan bersama para penerima sumbangan ibadah korban dan geran MRP pada majlis yang berlangsung semalam.

DARO: Kerajaan Sarawak komited memastikan kebajikan rakyat sentiasa diberi perhatian melalui pelbagai bantuan dan inisiatif pembangunan berterusan bagi memastikan kawasan luar bandar tidak tercicir daripada arus pembangunan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad berkata, antara fokus utama pembangunan di kawasan Daro termasuk penambahbaikan kemudahan asas, jaringan jalan raya, pembangunan ekonomi setempat, kemudahan pendidikan serta prasarana yang mampu memberi keselesaan kepada penduduk.

DR SAFIEE ketika berucap pada majlis Penyerahan Sumbangan Ibadah Korban 1447H/2026M dan Penyampaian Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) N.43 Daro di Masjid Al-Muhsiniin Daro semalam.

“Pembangunan yang rancak dilaksanakan hari ini adalah hasil kerjasama erat antara kerajaan dan rakyat dalam memastikan kawasan Daro terus maju serta memberi manfaat kepada generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Penyerahan Sumbangan Ibadah Korban 1447H/2026M dan Penyampaian Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) N.43 Daro di Masjid Al-Muhsiniin Daro semalam.

Dalam majlis tersebut, sebanyak 10 Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau (JKP) serta Balai Bomba dan Penyelamat Daro menerima sumbangan ibadah korban berjumlah RM77,000 menerusi Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Daro (LAKMD).

Sumbangan berkenaan bertujuan membantu pelaksanaan ibadah korban sempena Aidiladha selain meringankan beban pengurusan masjid, surau dan agensi terlibat dalam menyediakan keperluan program korban di kawasan masing-masing.

Selain itu, bantuan tersebut turut memberi peluang kepada penduduk kampung yang kurang berkemampuan untuk melaksanakan ibadah korban.

Dalam majlis sama, sebanyak 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sekitar Daro turut menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah keseluruhan RM129,000.

Geran tersebut disalurkan bagi membantu NGO melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, pembangunan belia, pendidikan, kebudayaan dan program sosial yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Menurut Dr Safiee, sumbangan ibadah korban bukan sahaja membantu menyemarakkan syiar Islam, malah menjadi medium memperkukuh semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

“Ibadah korban mendidik umat Islam mengenai nilai pengorbanan, keikhlasan dan semangat berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan.

“Pada masa sama, geran MRP yang disalurkan kepada NGO diharap dapat dimanfaatkan sebaik mungkin bagi melaksanakan program yang memberi impak positif kepada masyarakat,” ujarnya.

Beliau turut menggesa semua pihak agar terus mengekalkan perpaduan dan semangat kerjasama demi memastikan agenda pembangunan di kawasan Daro dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan pada masa hadapan.

Turut hadir wakil Pegawai Daerah Daro, Norhaslieza Mohamad Safiee, Penghulu Jebli Ngok serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hari Gawai lambang perpaduan dan warisan budaya masyarakat Dayak
Next: Geran MRP bukti komitmen kerajaan terhadap pendidikan – Kevin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.