Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Michael Carrick diberi kontrak tetap sebagai pengurus Manchester United
  • SUKAN

Michael Carrick diberi kontrak tetap sebagai pengurus Manchester United

Utusan Sarawak 13 hours ago

Michael Carrick akan menjadi ketua jurulatih tetap Manchester United musim depan. Foto fail AFP

MANCHESTER, United Kingdom: Manchester United menghadiahkan Michael Carrick kontrak tetap sebagai ketua jurulatih selepas berjaya membimbing kelab itu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga ketiga.

“Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Michael Carrick akan terus kekal sebagai ketua jurulatih kami selepas menandatangani kontrak baharu,” kata United dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Carrick, bekas pemain United berusia 44 tahun, mengambil alih tugas secara interim selepas Ruben Amorim dipecat pada Januari dan berjaya membawa United layak ke Liga Juara-Juara menerusi prestasi cemerlang pasukan.

“Sejak saya tiba di sini 20 tahun lalu, saya sudah merasai magis Manchester United. Memikul tanggungjawab memimpin kelab istimewa ini memberikan saya rasa bangga yang amat besar,” kata Carrick.

“Sepanjang lima bulan lalu, kumpulan pemain ini telah menunjukkan mereka mampu mencapai tahap ketahanan mental, semangat berpasukan dan keazaman yang kami tuntut di sini.

“Kini tiba masanya untuk kami bergerak ke hadapan bersama-sama lagi, dengan cita-cita besar dan hala tuju yang jelas. Manchester United dan penyokong luar biasa kami layak untuk kembali mencabar kejuaraan terbesar.”

United berada dalam keadaan huru-hara ketika Amorim dipecat apabila keputusan taktikal jurulatih dari Portugal itu menyebabkan pemain hilang keyakinan, selain hubungannya dengan pegawai kelab semakin retak.

Pengarah bola sepak Manchester United, Jason Wilcox berkata Carrick telah mengagumkan pihak kelab menerusi kerjanya di dalam dan luar padang.

“Michael sememangnya layak diberikan peluang untuk terus memimpin pasukan utama lelaki kami. Sepanjang beliau memegang peranan ini, kami melihat keputusan positif di atas padang, malah lebih daripada itu, pendekatan beliau selari dengan nilai, tradisi dan sejarah kelab.

“Kejayaan Michael membawa kelab kembali ke Liga Juara-Juara tidak harus dipandang ringan. Beliau berjaya membina hubungan kukuh dengan pemain dan boleh berbangga dengan budaya kemenangan di Carrington serta bilik persalinan yang terus kami bina,” katanya.

Carrick, bekas pemain tengah England, menghabiskan 12 tahun di Old Trafford sebagai pemain dengan memenangi lima gelaran Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara dan Piala FA. – AFP

Continue Reading

Previous: JDT pernah ditewaskan – Aidil Sharin
Next: Dua beregu lelaki Malaysia mara ke separuh akhir, jamin tempat ke final

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.