Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dua pendaki India maut ketika turun dari Gunung Everest
  • GLOBAL

Dua pendaki India maut ketika turun dari Gunung Everest

Utusan Sarawak 3 hours ago
DUA pendaki warga India maut ketika turun ke Kem Pangkalan Everest. Foto AFP

KATHMANDU, Nepal: Dua pendaki warga India maut ketika turun ke Kem Pangkalan Everest selepas berjaya menawan puncak Gunung Everest.

Anadolu Ajansi (AA) melaporkan Khim Lal Gautam, penyelaras pejabat luar Kem Pangkalan Everest yang ditubuhkan Jabatan Pelancongan Nepal berkata dua pendaki daripada Pioneer Adventures, yang memiliki permit pendakian Everest, rebah ketika dalam perjalanan pulang ke kem pangkalan.

“Dua pendaki India meninggal dunia; seorang di Kem II dan seorang lagi di Hillary Step,” katanya dari Kem Pangkalan Everest.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Arun Kumar Tiwari dan Sandip Are, kata Pengarah Urusan Pioneer Adventures Nivesh Karki.

Mayat Are telah dibawa ke kem pangkalan. Pasukan penyelamat sedang berusaha membawa turun mayat seorang lagi pendaki. Usaha membawa turun mayat dari Hillary Step (8,790 meter) kekal sebagai tugas yang amat sukar bagi pasukan penyelamat.

Dengan kejadian itu, lima individu telah meninggal dunia di Everest sepanjang musim ekspedisi kali ini, menurut pegawai kem pangkalan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Aplikasi Nusuk takrif semula pengalaman haji, umrah untuk lebih 51 juta pengguna seluruh dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.