Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Empat cedera dalam kemalangan di Jalan Mukah-Balingian
  • KEMALANGAN

Empat cedera dalam kemalangan di Jalan Mukah-Balingian

Utusan Sarawak 8 hours ago
PASUKAN BOMBA.…Menjalankan pemantauan di lokasi, membersihkan jalan raya serta membantu pihak polis mengalihkan kenderaan ke bahu jalan bagi memastikan keadaan selamat untuk pengguna jalan raya.

MUKAH: Empat individu cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Mukah-Balingian berhampiran Kingwood Resort, di sini, hari ini.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.45 pagi, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah digerakkan ke lokasi.

Pasukan bomba yang tiba di lokasi sekitar 12.00 tengah hari, mendapati kemalangan melibatkan sebuah Perodua Alza dan sebuah Proton Saga.

PASUKAN BOMBA.…Menjalankan pemantauan di lokasi, membersihkan jalan raya serta membantu pihak polis mengalihkan kenderaan ke bahu jalan bagi memastikan keadaan selamat untuk pengguna jalan raya.

Perodua Alza dinaiki seorang lelaki dan seorang wanita manakala Proton Saga dinaiki dua wanita. Kesemua mangsa mengalami kecederaan.

Semua mangsa telah dikeluarkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans APM sebelum ketibaan pasukan bomba.

Pasukan bomba menjalankan pemantauan di lokasi, membersihkan jalan raya serta membantu pihak polis mengalihkan kenderaan ke bahu jalan bagi memastikan keadaan selamat untuk pengguna jalan raya.

Operasi tamat sepenuhnya pada 12.40 tengah hari. Turut berada di lokasi ialah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan APM.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Dua mangsa kemalangan di Jalan Miri-Marudi mengelami kecederaan di bahagian dada dan bahu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.