Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • ‘Baby Shark’ lepasi 1 bilion strim di spotify, pertama bagi IP karakter
  • GLOBAL

‘Baby Shark’ lepasi 1 bilion strim di spotify, pertama bagi IP karakter

Utusan Sarawak 4 hours ago
LAGU kanak-kanak popular ‘Baby Shark’ cipta sejarah apabila menjadi IP karakter pertama melepasi 1 bilion strim di Spotify, sekali gus membuktikan fenomena globalnya terus kekal relevan.

SEOUL: Versi bahasa Inggeris lagu kanak-kanak popular “Baby Shark” daripada jenama pendidikan Korea Selatan, The Pinkfong Company melepasi 1 bilion penstriman di Spotify, menurut syarikat itu pada Jumaat, lapor Agensi Berita Yonhap.

Dengan pencapaian itu, lagu berkenaan menjadi harta intelek (IP) karakter dan lagu kanak-kanak pertama yang mencapai angka berkenaan.

Menurut syarikat itu, kebanyakan lagu lain yang melepasi 1 bilion strim di platform penstriman muzik global berkenaan ialah lagu popular artis antarabangsa seperti Ed Sheeran, Taylor Swift, BTS dan BLACKPINK.

“Baby Shark”, yang terkenal dengan rangkap mudah diingati “Baby shark, doo doo doo doo doo doo”, ialah lagu kanak-kanak yang digemari pendengar muda di seluruh dunia kerana melodinya yang ringkas dan korus yang mudah diikuti.

Video berasaskan lagu itu, “Baby Shark Dance”, mencatat 16.9 bilion tontonan di YouTube, sekali gus mengekalkan statusnya sebagai video paling banyak ditonton di platform itu di seluruh dunia selama 65 bulan berturut-turut.

Lagu itu dimainkan sebanyak 137 juta kali di Spotify sepanjang setahun lalu sahaja, bersamaan purata kira-kira 400,000 strim sehari atau sekitar lima strim sesaat di seluruh dunia.

“Sepanjang bulan lalu, negara utama yang mendengar lagu itu termasuk Amerika Syarikat, Britain, Australia dan Kanada, selain Mexico, Brazil, Jerman, Filipina, Turkiye dan Indonesia.

“Penggunaannya yang seimbang di Eropah, Amerika Selatan, Asia dan Oceania sekali lagi membuktikan daya tarikannya di peringkat global merentasi bahasa dan sempadan,” menurut syarikat itu.

Lagu itu sebelum ini menduduki tangga ke-32 carta Billboard Hot 100 Amerika Syarikat pada 2019 dan kekal dalam carta selama 20 minggu berturut-turut, selain di tangga keenam carta British Official Singles Chart Top 100.

“Baby Shark” turut menerima pensijilan utama termasuk Diamond daripada Recording Industry Association of America, 5x Platinum daripada British Phonographic Industry dan Gold daripada National Syndicate of Phonographic Publishing Perancis.- Bernama-Yonhap

Continue Reading

Previous: El Niño ‘super’ berpotensi berlaku, saintis tampil beri penjelasan
Next: Aplikasi Nusuk takrif semula pengalaman haji, umrah untuk lebih 51 juta pengguna seluruh dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.