Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiang agih 1,300 hadiah Hari Ibu kepada pengundi wanita
  • Tengah
  • WILAYAH

Tiang agih 1,300 hadiah Hari Ibu kepada pengundi wanita

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATUK Michael Tiang.

SIBU: Sebanyak 1,300 botol termos akan diagihkan kepada pengundi wanita di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelawan sempena sambutan Hari Ibu di Hin Hua Memorial Park, Ahad ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan, Datuk Michael Tiang berkata, program yang bermula pada 2.00 petang itu dianjurkan sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan golongan ibu yang memainkan peranan penting dalam institusi keluarga dan masyarakat.

Menurutnya, ibu merupakan simbol kasih sayang, ketabahan dan pengorbanan yang wajar dihargai oleh semua pihak.

“Menerusi pemberian kecil ini, kami berharap dapat menyampaikan penghargaan serta ucapan ikhlas kepada semua ibu, di samping memupuk nilai hormat terhadap warga emas dan semangat prihatin dalam masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, sebanyak 1,300 hadiah disediakan untuk pengundi wanita yang layak di kawasan Pelawan dengan had satu hadiah bagi setiap individu bagi memastikan lebih ramai penduduk menerima manfaat.

Katanya, Pusat Khidmat Pelawan turut mengingatkan orang ramai supaya membawa kad pengenalan bagi tujuan pendaftaran dan pengesahan semasa proses pengambilan hadiah.

Tiang turut mengalu-alukan kehadiran semua pengundi wanita yang layak untuk memeriahkan sambutan Hari Ibu itu dalam suasana penuh penghargaan dan kemesraan.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wong komited bantu rakyat di DUN Bawang Assan
Next: APM bantu lelaki tertinggal kunci dalam kenderaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.