Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Malaysia Masters: Tang Jie-Ee Wei wakil tunggal beregu campuran mara ke suku akhir
  • SUKAN

Malaysia Masters: Tang Jie-Ee Wei wakil tunggal beregu campuran mara ke suku akhir

Utusan Sarawak 2 hours ago
BEREGU campuran utama negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menjadi wakil tunggal negara mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026

KUALA LUMPUR: Beregu campuran utama negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menjadi wakil tunggal negara mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 selepas menewaskan gandingan Indonesia Amri Syahnawi-Nita Violina Marwah hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Unifi Arena di sini, juara dunia berkenaan menewaskan gandingan ke-16 dunia itu menerusi kemenangan 21-19, 22-20 dalam tempoh 47 minit.

Tang Jie ketika mengulas mengenai aksi hari ini mengakui bermain di laman sendiri dengan sokongan padu penyokong banyak membantu kejayaan mereka.

“Lawan bukan calang-calang pencabar, beregu Indonesia adalah pasangan dalam kelompok 20 terbaik dunia. Jadi, kami perlu sentiasa bersedia untuk perlawanan yang paling sukar,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Menanti Tang Jie-Ee Wei pada suku akhir esok ialah beregu pecah ganding China Gao Jia Xuan-Wei Ya Xin yang mara selepas menumpaskan wakil Thailand Supak Jomkoh-Ornicha Jongsathapornparn 21-13, 21-13.

Dalam pada itu, hasrat beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk mara ke suku akhir tidak kesampaian selepas dikejutkan pasangan ke-37 dunia Wu Guan Xu-Lee Chia Hsin dari Taiwan 19-21, 21-7, 19-21 dalam masa 52 minit. – Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia Masters: Yu Fei teruskan perjuangan meskipun harungi jadual padat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.