
DHAKA: Kerajaan Bangladesh mengumumkan pengenalan sistem penggera kecemasan berpusat di fasiliti perubatan bagi memastikan keselamatan dan perlindungan petugas kesihatan serta pesakit, lapor Xinhua.
Menteri Kesihatan dan Kebajikan Keluarga Bangladesh Sardar Shakhawat Hossain Bokul berkata semalam, sistem itu akan diperkenalkan secara perintis di dua hospital utama di ibu negara, Dhaka selepas sambutan Aidiladha yang dijadualkan pada 28 Mei.
Beliau berkata kerajaan juga merancang untuk mewujudkan pos polis di kawasan Mohakhali di tengah Dhaka, yang menempatkan beberapa agensi kesihatan dan hospital.
Inisiatif itu dilaksanakan susulan beberapa insiden kebelakangan ini yang menyaksikan doktor, pentadbir hospital dan pesakit dilaporkan diserang di Dhaka serta kawasan lain di negara itu. – Bernama