Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Warga asing disyaki ‘pusher’ syabu ditahan di Mukah
  • JENAYAH

Warga asing disyaki ‘pusher’ syabu ditahan di Mukah

Utusan Sarawak 4 hours ago
DITAHAN…..Lelaki warga asing yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah secara kecil-kecilan atau ‘pusher’ ditahan dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sesok, petang semalam.

MUKAH: Polis menahan seorang lelaki warga asing kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah secara kecil-kecilan atau ‘pusher’ dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sesok, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, suspek berusia 24 tahun itu ditahan sekitar 7.30 malam oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah hasil maklumat dan risikan.

“Pemeriksaan yang dijalankan menemukan 14 keratan tiub straw lutsinar mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis methamphetamine atau syabu yang disembunyikan di dalam kotak rokok.

“Anggaran berat kasar dadah yang dirampas ialah 5.82 gram dengan nilai dianggarkan RM300,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek bersama barang rampasan dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut, manakala ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

RAMPASAN…Dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sesok, petang semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

“Selain itu, kertas siasatan turut dibuka di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana suspek tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Suspek yang bekerja sebagai buruh direman selama empat hari sehingga 24 Mei 2026 bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, IPD Mukah komited dalam usaha membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menyalurkannya menerusi talian hotline 084-871222 atau di mana-mana balai polis berhampiran.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan bersama 17 katrij vape disyaki mengandungi ganja
Next: Penjawat awam antara dua ditahan dalam operasi dadah di Serian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.