Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pertandingan Keling Belawan lambang warisan dan identiti masyarakat berbilang kaum di Sarawak
  • TEMPATAN

Pertandingan Keling Belawan lambang warisan dan identiti masyarakat berbilang kaum di Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago
ROY Angau Gingkoi ketika merasmikan Pertandingan Keling Iban / Belawan Orang Ulu sempena Gawai Dayak Bazaar dan Festival Etnobudaya Peringkat Sarawak 2026 di Permyjaya, di Miri, semalam. Foto: Roy Angau Gingkoi

MIRI: Pertandingan Keling Belawan bukan sekadar pertandingan pentas, malah merupakan identiti masyarakat Sarawak yang berbilang kaum serta simbol keberanian, kepimpinan dan warisan budaya yang perlu terus dipelihara.

Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi berkata, usaha memelihara budaya perlu diteruskan melalui pendidikan dan pendedahan kepada generasi muda agar mereka terus mengenali asal usul, adat serta akar budaya masyarakat sendiri.

Menurut beliau, budaya tradisional yang diwarisi sejak turun-temurun mempunyai nilai yang amat tinggi dan menjadi asas penting dalam membentuk jati diri masyarakat di negeri ini.

“Program seperti pertandingan kebudayaan mampu menjadi medium terbaik dalam memperkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum selain mempromosikan budaya dan identiti masyarakat Dayak kepada masyarakat umum,” katanya.

FOTO: Roy Angau Gingkoi

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertandingan Keling Iban / Belawan Orang Ulu sempena Gawai Dayak Bazaar dan Festival Etnobudaya Peringkat Sarawak 2026 di Permyjaya, di sini, semalam.

Tambah beliau, penganjuran acara seumpama itu juga dapat menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negeri sekali gus membantu merancakkan sektor pelancongan budaya di Sarawak.

Pertandingan tersebut menawarkan hadiah lumayan termasuk wang tunai, trofi, sash serta sijil penyertaan kepada para pemenang dan peserta yang mengambil bahagian.

Selain pertandingan pentas, festival berkenaan turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kebudayaan, jualan bazar serta persembahan tradisional yang memperlihatkan keunikan masyarakat Dayak di Sarawak

Dalam pada itu, Roy Gingkoi turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur, Persatuan Dayak Miri (DAM), semua agensi terlibat, para peserta serta pengunjung atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program berkenaan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Cuaca panas ekstrem: Jemaah Malaysia diingat kurangkan aktiviti luar
Next: JBPM sasar 100 peratus pengisian Pasukan Khas, Sarawak terima agihan logistik terbesar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.