Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Op Tiris 4.0 fokus bendung penyeludupan barang kawalan
  • TEMPATAN

Op Tiris 4.0 fokus bendung penyeludupan barang kawalan

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATO Ahmad Nadzri Mohd Hassan ketika ditemui semasa operasi bersepadu di Batu 8, Jalan Kuching-Serian, semalam. Foto Adele Rissa

KUCHING: Pelaksanaan Op Tiris 4.0 terus diperkukuh di Sarawak bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan penyelewengan barang kawalan, khususnya di kawasan sempadan yang dikenal pasti berisiko.

Setiausaha Persekutuan Sarawak, Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan berkata, operasi itu dilaksanakan secara berterusan melalui kerjasama pelbagai agensi penguat kuasa di seluruh negara.

“Kerajaan memandang serius isu penyeludupan dan penyelewengan barang kawalan sama ada ke negara jiran atau disalahgunakan dalam negara.

“Sebab itu Op Tiris 4.0 diaktifkan di seluruh Malaysia dan operasi malam ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa operasi bersepadu di Batu 8, Jalan Kuching-Serian di sini, semalam.

Beliau berkata, beberapa kawasan sempadan dikenal pasti sebagai lokasi berisiko, namun tidak boleh didedahkan kerana operasi masih dijalankan.

DATO Ahmad Nadzri Mohd Hassan (tengah) bersama pegawai bertugas  ketika operasi bersepadu yang dijalankan di Batu 8, Jalan Kuching-Serian semalam. Foto Nadya Victoria 

“Kita ada beberapa lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi tetapi tidak boleh didedahkan kerana operasi masih berjalan,” katanya.

Tambahnya, beberapa tangkapan telah dibuat dan kertas siasatan sedang disiapkan sebelum tindakan lanjut diambil.

Terdahulu, beliau turut menyertai tinjauan bersama beberapa agensi penguat kuasa termasuk JPJ dan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan (UKPS) bagi memantau penjualan minyak di stesen minyak serta pelaksanaan kawalan lalu lintas.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Pertaruh ‘Kamu Yang’ Ruffedge harap karya baharu dapat tempat di hati peminat
Next: Cuaca panas ekstrem: Jemaah Malaysia diingat kurangkan aktiviti luar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.