Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Polis Bau turunkan 82 poster pinjaman wang haram dalam Op Vulture
  • Selatan
  • WILAYAH

Polis Bau turunkan 82 poster pinjaman wang haram dalam Op Vulture

Utusan Sarawak 4 hours ago
ANGGOTA polis menurunkan poster iklan pinjaman wang haram di sekitar Daerah Bau.

BAU: Ketua Polis Daerah Bau, Mohd Haide A Rahman berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau telah menjalankan Op Vulture hari ini bagi menurunkan poster iklan pinjaman wang haram di sekitar daerah itu.

Menurutnya, dua laporan polis telah dibuat hasil operasi yang dijalankan bersama Majlis Daerah Bau.

Katanya, operasi pertama dijalankan pada 10.30 pagi di sekitar Taman Siniawan Villa, Pekan Siniawan, Taman Siniawan dan Jalan Kuching-Bau.

“Tiga anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersil bersama seorang anggota Majlis Daerah Bau telah menurunkan sebanyak 48 keping poster iklan pemberi pinjaman wang yang disyaki beroperasi tanpa lesen sah.

“Poster tersebut didapati digantung pada tiang elektrik, papan tanda lorong perumahan dan pokok di kawasan terlibat,” katanya.

ANGGOTA polis menurunkan poster iklan pinjaman wang haram di sekitar Daerah Bau.

Menurut Mohd Haide, poster yang diturunkan memaparkan beberapa nombor telefon yang dipercayai berkaitan kegiatan pinjaman wang haram.

Dalam operasi kedua pada 12.30 tengah hari, beliau berkata pasukan polis bersama anggota majlis daerah menjalankan operasi di sekitar Pasar Bau, Jalan Datuk Salau, Jalan Jambusan dan Jalan Tasik Biru.

“Sebanyak 34 keping poster berkaitan aktiviti pinjaman wang tanpa lesen berjaya diturunkan dalam operasi tersebut,” katanya.

Beliau berkata operasi itu merupakan usaha berterusan polis bagi membanteras kegiatan pinjaman wang haram serta memastikan persekitaran daerah sentiasa bersih dan selamat.

Oleh Connie Chieng

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti
Next: Hari Gawai kini jadi medium perkukuh perpaduan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.