Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • ‘Bayangkan Cristiano Ronaldo datang ke Kuching’ — KCFC ke ACL2 bantu promosi nama Sarawak di pentas antarabangsa
  • SUKAN

‘Bayangkan Cristiano Ronaldo datang ke Kuching’ — KCFC ke ACL2 bantu promosi nama Sarawak di pentas antarabangsa

Utusan Sarawak 6 hours ago
SIDANG MEDIA… Dato Sri Karim Rahman Hamzah bercakap pada sidang media di bilik media DUN, Petra Jaya. Foto UKAS

KUCHING: Kejayaan Kelab Bola Sepak Kuching City (KCFC) layak ke saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) disifatkan sebagai pencapaian bersejarah buat bola sepak Sarawak serta mampu membuka ruang promosi pelancongan di peringkat antarabangsa.

Menurut Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, beliau amat teruja kerana ini merupakan kali pertama pasukan bola sepak dari Sarawak, sama ada pasukan negeri mahupun kelab, berjaya melangkah melepasi kejohanan kebangsaan ke pentas Asia.

“ACL2 melibatkan pasukan terbaik dari negara seperti China, Korea Selatan, Jepun, Arab Saudi serta beberapa negara lain di Asia.

“Bayangkan jika kita bertemu dengan kelab yang disertai Cristiano Ronaldo, bermakna beliau mungkin datang ke Kuching untuk bermain. 

“Setiap pasukan ini mempunyai pemain berkualiti tinggi dan ini akan menarik orang luar datang ke Kuching jika ada perlawanan diadakan di sini,” katanya pada sidang media di bilik Media Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Mengulas kesan terhadap sektor pelancongan, beliau berkata kejohanan itu bakal memberi limpahan besar kepada Sarawak sekiranya perlawanan diadakan di Kuching.

“Ramai orang akan mula bertanya, ‘Di manakah Kuching?’ Bayangkan berapa juta ringgit diperlukan untuk promosi pelancongan. 

“Kini melalui bola sepak, Sarawak telah mendapat promosi di peringkat antarabangsa.

“Ini membantu orang mengenali Kuching dan Sarawak, sekali gus memberi impak yang sangat positif kepada sektor pelancongan negeri,” jelasnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan Kuching City FC atas kejayaan membawa pasukan ke tahap berkenaan.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata pasukan itu turut mencipta satu lagi pencapaian apabila berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FA Malaysia yang dijadual berlangsung pada 23 haribulan ini.

“Kali terakhir pasukan dari Sarawak berada di pentas final sekitar era 1990-an dan ini menjadi antara detik penting dalam sejarah bola sepak negeri.

“Sudah tentu menentang Johor Darul Ta’zim F.C. bukan tugas mudah. Namun, kejayaan layak ke Liga Juara-Juara Asia sahaja sudah merupakan satu pencapaian besar,” ujarnya.

Untuk rekod, Kuching City FC mengesahkan slot ke ACL2 musim 2026/2027 selepas menewaskan Kuala Lumpur City F.C. 1-0 pada aksi terakhir Liga Super di Stadium Negeri, Sabtu lalu. 

Kejayaan itu turut menamatkan penantian selama 10 tahun untuk melihat pasukan dari Kuching kembali beraksi di pentas Asia. 

Oleh Masrin Affirah

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak peruntuk RM636.5 juta pastikan persiapan Sukan SEA 2027 lancar
Next: Air mata 10 tahun berbaloi, Mohammad Yusof raih gelaran Olahragawan Paralimpik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.