Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki positif methamphetamine ditahan di Bau
  • JENAYAH

Lelaki positif methamphetamine ditahan di Bau

Utusan Sarawak 3 hours ago
LELAKI positif methamphetamine ditahan di Bau. Foto hiasan.

BAU: Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine menerusi ujian saringan air kencing yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Bau pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Mohd Haide A. Rahman berkata, suspek menjalani ujian saringan di Pejabat BSJND Bau sekitar 12.00 tengah hari pada 19 Mei.

Menurut beliau, suspek didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine sebelum ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek mengaku dalam percakapan awal bahawa kali terakhir dia menagih syabu adalah dua hari sebelum ditangkap,” katanya.

Mohd Haide berkata suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan tiada dadah atau barangan lain dirampas dalam tangkapan tersebut.

Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Bau untuk tindakan lanjut.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: 11 kenderaan disita dalam Ops Motosikal/HID/LED JPJ Kuching
Next: Waspada jenayah pemerdagangan orang di kawasan sempadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.