Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ibu dan anak diacu pisau dalam samun bersenjata di Miri
  • JENAYAH

Ibu dan anak diacu pisau dalam samun bersenjata di Miri

Utusan Sarawak 14 hours ago
DITEMUI… Kenderaan mangsa yang dilarikan suspek ditemui semula.

MIRI: Seorang Ibu bersama anaknya melalui detik mencemaskan apabila diugut dua lelaki bersenjatakan pisau sebelum kenderaan mereka dilarikan dalam kejadian samun di Bulatan Times Square, Jalan Cina, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kejadian kira-kira 9.15 pagi itu berlaku ketika mangsa bersama anaknya sedang menunggu di dalam kenderaan.

Menurutnya, dua suspek lelaki tiba-tiba masuk ke dalam kenderaan terbabit sebelum salah seorang mengacukan pisau ke leher anak mangsa, manakala seorang lagi mengugut pengadu dengan senjata sama.

“Suspek kemudian melarikan kenderaan tersebut sebelum menurunkan mangsa bersama anaknya di kawasan Miri Park.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kerugian wang tunai RM600 serta kehilangan kenderaan dengan jumlah keseluruhan dianggarkan RM170,600,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Bertindak atas maklumat dan siasatan awal, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun berhampiran Times Square pada hari sama.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau membabitkan samun, curi kenderaan dan kesalahan dadah.

“Polis turut berjaya menemui semula kenderaan milik mangsa di tempat letak kereta sebuah pasar raya besar di sini,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan bersenjata.

Suspek direman enam hari sehingga 24 Mei ini bagi membantu siasatan lanjut termasuk mengesan rakan sejenayah yang masih bebas.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kanan ASP Anuar Affindi di talian 019-7319540 atau hadir ke balai polis berhampiran.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis Kuching serbu pusat hiburan, rampas dadah bernilai RM12,700
Next: 11 kenderaan disita dalam Ops Motosikal/HID/LED JPJ Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.