
MAKKAH: Sepanjang musim haji, Makkah bertukar menjadi pusat perhimpunan global iaitu bahasa Arab kedengaran bersama-sama bahasa Urdu, Indonesia, Turki, Parsi, Bengali, Inggeris, Perancis, Swahili dan pelbagai bahasa lain, mencerminkan sifat universal Islam dan perpaduan umat Islam daripada pelbagai budaya.
Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), Pihak Berkuasa Am bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menyediakan terjemahan serentak bagi khutbah Masjidil Haram ke dalam 10 bahasa melalui platform Manarat Al-Haramain dan Radio FM.
Ia juga menawarkan panduan ruang dan budaya dalam lebih 50 bahasa melalui fon kepala tanpa wayar dan kad panduan digital.
Usaha terjemahan khusus turut merangkumi buku, risalah, papan tanda arah dan skrin elektronik di dalam Masjidil Haram, di samping naskhah al-Quran dan terjemahan maknanya dalam pelbagai bahasa.
Di kesemua tapak suci, pasukan lapangan dan sukarelawan pelbagai bahasa membantu memudahkan komunikasi dengan jemaah haji, memberikan panduan kesihatan, organisasi dan keagamaan dalam pelbagai bahasa untuk meningkatkan keselamatan orang ramai serta memastikan kelancaran ibadah.
-Bernama