Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Makkah pertuturkan pelbagai bahasa dunia sepanjang musim haji
  • SEMASA

Makkah pertuturkan pelbagai bahasa dunia sepanjang musim haji

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

MAKKAH: Sepanjang musim haji, Makkah bertukar menjadi pusat perhimpunan global iaitu bahasa Arab kedengaran bersama-sama bahasa Urdu, Indonesia, Turki, Parsi, Bengali, Inggeris, Perancis, Swahili dan pelbagai bahasa lain, mencerminkan sifat universal Islam dan perpaduan umat Islam daripada pelbagai budaya.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), Pihak Berkuasa Am bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menyediakan terjemahan serentak bagi khutbah Masjidil Haram ke dalam 10 bahasa melalui platform Manarat Al-Haramain dan Radio FM.

Ia juga menawarkan panduan ruang dan budaya dalam lebih 50 bahasa melalui fon kepala tanpa wayar dan kad panduan digital.

Usaha terjemahan khusus turut merangkumi buku, risalah, papan tanda arah dan skrin elektronik di dalam Masjidil Haram, di samping naskhah al-Quran dan terjemahan maknanya dalam pelbagai bahasa.

Di kesemua tapak suci, pasukan lapangan dan sukarelawan pelbagai bahasa membantu memudahkan komunikasi dengan jemaah haji, memberikan panduan kesihatan, organisasi dan keagamaan dalam pelbagai bahasa untuk meningkatkan keselamatan orang ramai serta memastikan kelancaran ibadah.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak mohon laluan Kuching-Sibu, Kuching-Miri dikembalikan bawah RAS
Next: Jemaah haji wanita dari Terengganu meninggal dunia akibat serangan jantung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.