Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jemaah haji wanita dari Terengganu meninggal dunia akibat serangan jantung
  • SEMASA

Jemaah haji wanita dari Terengganu meninggal dunia akibat serangan jantung

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR hiasan.

MAKKAH: Seorang jemaah haji wanita Malaysia meninggal dunia di sini, semalam akibat serangan jantung.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan memaklumkan wanita berusia 63 tahun yang berasal dari Setiu, Terengganu itu menunaikan haji bersama-sama suaminya dan merupakan jemaah daripada kumpulan KT19.

Menurut TH, Allahyarham menginap di Hotel Abraj Al-Janadriyah dan disahkan meninggal dunia di Hospital King Faisal pada 5.53 pagi waktu tempatan.

“Jenazah telah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas solat asar sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea di Makkah,” menurut kenyataan itu.

TH turut merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Hingga kini, jumlah keseluruhan jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia bagi Musim Haji 1447H/2026M adalah sebanyak enam orang.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Makkah pertuturkan pelbagai bahasa dunia sepanjang musim haji
Next: Gempa bumi 5.2 magnitud landa Guangxi di selatan China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.