Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Sarawak mohon laluan Kuching-Sibu, Kuching-Miri dikembalikan bawah RAS
  • SEMASA

DUN: Sarawak mohon laluan Kuching-Sibu, Kuching-Miri dikembalikan bawah RAS

Utusan Sarawak 6 hours ago
MENTERI Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin ketika ucapan penggulungan Kementerian Pengangkutan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. 

PETRA JAYA: Sarawak telah memohon kepada Kementerian Pengangkutan di Putrajaya supaya tiga laluan penerbangan utama di Sarawak dikembalikan di bawah Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) bagi membolehkan AirBorneo mengendalikan semula laluan tersebut.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, laluan terlibat ialah Kuching-Sibu, Kuching-Bintulu dan Kuching-Miri yang sebelum ini dihentikan daripada rangkaian Obligasi Perkhidmatan Awam pada 2019.

Menurut beliau, kementeriannya berharap permohonan tersebut dapat dipertimbangkan bagi meningkatkan semula jaringan penerbangan domestik dalam Sarawak.

“Kita sudah menulis kepada Kementerian Pengangkutan di Putrajaya untuk memohon supaya laluan Kuching-Sibu, Kuching-Bintulu dan Kuching-Miri dikembalikan di bawah Obligasi Perkhidmatan Awam untuk AirBorneo terbang.

“Jika diluluskan, AirBorneo akan dapat membantu menambah dan melengkapkan perkhidmatan sedia ada,” katanya pada sidang media selepas ucapan penggulungan kementeriannya di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Beliau berkata, sebarang perubahan laluan di bawah RAS perlu mendapat kelulusan awal daripada Kementerian Pengangkutan di Putra Jaya dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Lee berkata, AirBorneo ketika ini masih berada dalam fasa peralihan selepas mengambil alih operasi MASwings bermula 1 Januari lalu.

LAKARAN AI penerbangan AirBorneo iaitu Kuching-Sibu, Kuching-Bintulu dan Kuching-Miri.

Menurut beliau, AirBorneo kini mengendalikan enam pesawat Twin Otter dan enam pesawat ATR72-500 yang diambil alih daripada MASwings.

Katanya, syarikat penerbangan milik Sarawak itu turut merancang menyewa tiga pesawat Boeing 737-800 bagi membuka laluan baharu termasuk Kuching-Kuala Lumpur, Kuching-Kota Kinabalu, Kuching-Jakarta dan Kuching-Singapura.

“Menjalankan syarikat penerbangan bukan seperti mengendalikan perkhidmatan bas kerana banyak proses dan keperluan kawal selia perlu dipatuhi,” katanya lagi.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Eksklusif: AirBorneo pilih sewa pesawat, proses beli ambil masa hingga 10 tahun
Next: Makkah pertuturkan pelbagai bahasa dunia sepanjang musim haji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.