Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Mahkamah dengar rakaman Zara Qairina luah rasa sayang kepada ibu
  • MAHKAMAH

Mahkamah dengar rakaman Zara Qairina luah rasa sayang kepada ibu

Utusan Sarawak 12 hours ago
MAHKAMAH Koroner di sini hari ini diberitahu enam daripada 42 rakaman audio perbualan antara Allahyarham Zara Qairina Mahathir dan ibunya Noraidah Lamat berdurasi sehingga empat minit telah diperdengarkan di mahkamah.

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu enam daripada 42 rakaman audio perbualan antara Allahyarham Zara Qairina Mahathir dan ibunya Noraidah Lamat berdurasi sehingga empat minit telah diperdengarkan di mahkamah.

Rakaman audio berkenaan antaranya memaparkan Allahyarham Zara Qairina meluahkan rasa sayang dan rindu kepada ibunya, selain mengadu kehilangan wang.

“Bye sayang, cinta rindumu, muah, I love you,” kata Zara Qairina, yang kemudian dijawab Noraidah: “I love you Ra, bye Ra.”

Peguam Shahlan Jufri yang mewakili Noraidah berkata hanya beberapa rakaman dipilih untuk diperdengarkan di mahkamah memandangkan keseluruhan rakaman mengambil masa hampir dua jam.

Shahlan kemudian mengemukakan soalan kepada saksi ke-70, Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer Polis Diraja Malaysia (PDRM), ASP Mohamad Zaidi Abu Hassan, 44, sama ada rakaman perbualan berkenaan pernah diekstrak semasa analisis dilakukan terhadap barang kes yang ditandakan sebagai ‘WK11’. 

Mohamad Zaidi berkata beliau hanya mengekstrak rakaman perbualan daripada aplikasi WhatsApp dan rakaman yang dimainkan di mahkamah itu tidak dapat dikeluarkan menerusi perisian analisa yang digunakannya.

“Rakaman perbualan ini saya hanya mengekstrak rakaman perbualan daripada WhatsApp dan ia tidak dapat dikeluarkan daripada perisian analisa saya,” katanya di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Saksi itu berkata beliau tidak menemui rakaman perbualan antara Zara Qairina dan ibunya dalam hasil analisa kerana proses berkenaan terhad kepada audio WhatsApp serta audio daripada media sosial lain.

Beliau yang mengesahkan rakaman audio yang diperdengarkan di mahkamah adalah tulen berkata sekiranya analisa semula dilakukan, proses itu akan mengambil masa kira-kira tiga hingga empat jam selain perlu melalui prosedur penyediaan laporan yang ditetapkan.

Zara Qairina, 13, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai 2025, sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya kira-kira 4.00 pagi.

Pada 13 Ogos tahun lepas, Jabatan Peguam Negara mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan polis dan pada 8 Ogos, Jabatan Peguam Negara turut mengeluarkan perintah menggali semula kubur Allahyarham bagi membolehkan bedah siasat dijalankan.

Prosiding inkues bersambung esok.

-Bernama

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Video Zara Qairina berbasikal tulen, tidak diubah suai – Saksi
Next: Pihak berkuasa cukai Sepanyol diperintah pulangkan lebih AS$60 juta kepada Shakira

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.