Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerjasama Sarawak-Singapura pemangkin rangkaian tenaga ASEAN yang saling berhubung
  • TEMPATAN

Kerjasama Sarawak-Singapura pemangkin rangkaian tenaga ASEAN yang saling berhubung

Utusan Sarawak 8 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari pada Sidang Kemuncak Filantropi Asia 2026. Foto ihsan Jabatan Premier Sarawak.

SINGAPURA: Kerjasama yang semakin berkembang antara Sarawak dan Singapura dalam pembekalan tenaga boleh baharu melambangkan usaha bersama untuk memajukan ekonomi hijau di seluruh rantau Asia Tenggara.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Openg berkata kerjasama itu mencerminkan visi berani Sarawak untuk menjadi ‘Bateri ASEAN’, dengan memanfaatkan sumber boleh baharu negeri itu bagi menjana masa depan yang lebih bersih untuk seluruh rantau.

“Hari ini, visi itu bukan lagi sekadar cita-cita, hubungan serantau ini membolehkan elektrik bersih mengalir merentasi sempadan.

“Dalam antara manifestasi awal Grid Kuasa ASEAN – ASEAN Power Grid, kami sedang membina koridor tenaga hijau yang menghubungkan dua wilayah,” katanya dalam ucaptamanya pada Sidang Kemuncak Filantropi Asia 2026 hari ini.

Abang Johari menegaskan bahawa kerjasama Sarawak-Singapura boleh menjadi model bagi kerjasama serantau yang lebih mendalam dalam sektor baharu ketika kedua-dua pihak berusaha membangunkan ekonomi hijau bersama-sama.

Beliau berkata rangka kerja komersial, seni bina dasar dan asas teknikal bagi kerjasama itu kini sedang dibangunkan.

“Ini ialah hubungan pembekalan yang sedang dibina antara dua ekonomi yang sama-sama memahami keperluan keselamatan tenaga dan peralihan ke arah sifar bersih.

“Dalam erti kata lain, apa yang kami buktikan menerusi kerjasama ini ialah Asia Tenggara yang mampan dan saling berhubung bukan lagi sesuatu yang mustahil, malah sudah pun sedang dibina,” tambahnya. – Bernama

Continue Reading

Previous: DUN: 77 peratus kes selesai, Sarawak perkukuh Mahkamah Anak Negeri
Next: LPKP Sarawak gesa pengendali bas sekolah percuma dapatkan lesen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.