Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi sederhana di Myanmar, gegaran turut dirasai di Thailand
  • GLOBAL

Gempa bumi sederhana di Myanmar, gegaran turut dirasai di Thailand

Utusan Sarawak 5 hours ago
GEMPA bumi sederhana di Myanmar, gegaran turut dirasai di Thailand. Foto agensi.

BANGKOK: Gempa bumi bermagnitud 5.3 melanda perairan Myanmar pada 9.05 pagi hari ini, dengan gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Thailand termasuk Bangkok, menurut pihak berkuasa Thailand pada Isnin.

Jabatan Meteorologi Thailand melaporkan bahawa gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer di bawah dasar laut.

β€œIa diklasifikasikan sebagai gempa bumi sederhana, dengan pusat gempa terletak berhampiran pantai selatan Myanmar, sekitar 247 kilometer barat daya daerah Mae Sot di wilayah Tak, barat Thailand,” menurut jabatan itu dalam satu kenyataan.

Bahagian Pemerhatian Gempa Bumi Thailand memaklumkan bahawa gempa itu berlaku pada 9.05 pagi waktu tempatan, dengan gegaran dirasai oleh penduduk di bangunan tinggi di daerah Bang Rak, Lak Si, Pathum Wan dan Sathon di Bangkok, selain di pejabat Pentadbiran Metropolitan Bangkok dan lokasi lain.

Media tempatan Thailand turut melaporkan bahawa penduduk di Bangkok, Chiang Mai, Lampang dan Nonthaburi mengemukakan sekitar 40 laporan kepada bahagian itu, memaklumkan bahawa mereka merasai gegaran serta mengalami rasa loya yang singkat.

Kebanyakan laporan diterima daripada individu yang berada di dalam bangunan di Bangkok.

Jabatan Sumber Mineral mengaitkan gempa bumi itu dengan pergerakan di sepanjang Sesar Sagaing di Laut Andaman.

Pada 28 Mac tahun lalu, gempa bumi bermagnitud 7.7 melanda Wilayah Sagaing di Myanmar, mencetuskan gegaran berukuran magnitud 6.4 di beberapa kawasan di Thailand.

Gegaran itu menyebabkan runtuhan di tapak pembinaan ibu pejabat baharu Pejabat Audit Negara di daerah Chatuchak, Bangkok, sekali gus memerangkap sekitar 90 pekerja pembinaan di bawah runtuhan.

– Bernama

Continue Reading

Previous: Dua maut akibat gempa bumi di selatan China
Next: TH perkenal bekas makanan baharu, tingkat kualiti sajian jemaah haji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.