Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Iguana sesat masuk rumah di Tudan berjaya ditangkap bomba
  • Utara
  • WILAYAH

Iguana sesat masuk rumah di Tudan berjaya ditangkap bomba

Utusan Sarawak 5 hours ago
DITANGKAP…Anggota BBP Lutong menangkap seekor iguana yang memasuki sebuah rumah di Jalan Blasam 4, Tudan dalam operasi khas, hari ini. Foto BBP Lutong.

MIRI: Seekor iguana yang memasuki sebuah rumah di Jalan Blasam 4, Tudan, hari ini berjaya ditangkap anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong dalam operasi khas.

Ketua BBP Lutong, Henry Jugah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.08 tengah hari sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi.

“Setibanya pasukan di lokasi, didapati benar terdapat seekor iguana berada di dalam kawasan rumah penduduk.

“Pasukan segera melakukan penilaian situasi sebelum menggunakan peralatan khas untuk menangkap reptilia berkenaan dengan selamat,” katanya.

Menurutnya, operasi berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini dan operasi tamat sepenuhnya pada 12.24 tengah hari,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: 23 anggota APM Meradong sertai latihan intensif di PKOD Sarikei
Next: Enggang ‘bertandang’ ke BBP Lutong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.